Cara penggunaan celak mata yang betul

Pemakaian celak mata kini sudah menjadi satu kewajipan bagi sesetengah wanita apabila menghadiri majlis atau ke mana sahaja. Ada yang mengatakan, tanpa celak mata hidup seperti tidak sempurna. Pelbagai cara pemakaian dan bentuk celak pada masa kini bagi menyerlahkan penampilan seseorang.

Bagi yang ingin mencuba variasi solekan,celak mata berbentuk pensil adalah alat yang paling tepat. Celak mata jenis ini mudah digunakan. Anda hanya perlu rautkan agar ketajaman hujungnya tetap konsistan. Berbagai macam warna celak mata pensil yang sedia ada yang boleh membuatkan wajah anda tampak jelita dan cantik. Cara memakai celak mata ini tidak rumit. Anda hanya perlu menggoreskan hujung pensil pada kelopak dan bulu mata. 

Ketajaman hujung pensil perlu diperhatikan. Semakin tajam hujungnya, semakin tipis goresannya. Namun, seseorang juga perlu lebih berhati-hati ketika memakainya. Selain itu, anda perlu mengenal pasti jenis mata sendiri. Tebal tipisnya tercalar dipengaruhi oleh bentuk mata juga. Hasil yang didapati selepas memilih celak mata jenis ini cukup memuaskan. Jika pemakaiannya betul, tepat dan benar, mata boleh terbingkai dan kelihatan semula jadi, tidak berkilat,dan tampak sungguh cantik. 

Jika anda ingin mempunyai alat kosmetik yang mudah dibawa, celak gel ini sangat praktikal. Bentuk celak mata ini ialah krim padat yang mudah disapukan pada mata dengan bantuan berus. Ketika anda memilih celak mata gel, anda perlu mempunyai kemahiran khusus juga. Pastikan bahawa celak mata gel itu adalah produk yang baik, berbentuk gel, tidak lembik ataupun cair. Seboleh mungkin, pilih celak gel yang tidak terpisah antara pot dan kuasnya. Hal ini untuk mencegah terjadinya kehilangan kuat. Meskipun gel merupakan alat yang praktikal, penggunaannya cukup sukar. Jika anda belum boleh menggabungkan kecerahan dan keserasian antara mata dengan warna, jangan memilih celak jenis ini. 

Ketika anda sudah mahir menggunakan celak mata pensil, anda perlu maju ke tahap lebih tinggi lagi dengan celak mata cair. Cara penggunaannya hampir sama dengan celak mata pensil. Perbezaannya ialah anda tidak perlu menarik kelopak mata ketika memilih celak mata cair. Anda hanya perlu meletakkan tangan dan siku setenang mungkin agar tidak bergoyang sehingga boleh menggambarkan garis dan tekanan yang indah pada mata. Oleh itu, kenali kemampuan anda dalam memilih solekan untuk memilih celak mata yang terbaik

1 comments:

izzuddin amir said...

memakai celak ni adalah sunnah pada waktu malam

Post a Comment

Terima kasih kerana menulis komen disini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Blog Santai Themes | Bloggerized by Zasafia Family - | Zair And Sasa